Forum Rasmi #Selangor Webchat
Peringatan
Forum ini diklasifikasikan sebagai 18 sx+sg+pl :

( Seram + Ganas + Politik + Lucah) .

Dengan ini anda bersetuju dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan forum ini . Pihak pengurusan forum tidak akan dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Top posters
Moderator2 (767)
 
Greenday (397)
 
kalai (278)
 
arul (235)
 
AbG (224)
 
Eleena (206)
 
luna (173)
 
FairChild (150)
 
zairul (126)
 
sahak (98)
 

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 59 on Fri Jan 14, 2011 11:33 am
Statistics
We have 425 registered users
The newest registered user is ggarrenna

Our users have posted a total of 4463 messages in 419 subjects

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 3:04 am

Live Streaming
http://footstrim.blogspot.com/2011/0...mber-2011.html

Skuad olimpik negara sudah melepasi pusingan pertama dan kedua kelayakan dengan menundukkan pakistan 2-0 secara agregat dan Lubnan 2-1 secara agregat.
Sekarang masih menanti lagi pasukan mana yang menjadi halangan seterus nya bagi skuad olimpik negara.
Semoga Malaysia dapat mara ke pusingan seterusnya.

Pasukan pasukan Asia yg da layak ke pusingan seterusnya :



Undian telah selesai.
Perlawanan adalah timbal balik yg akn berlangsung pada 19 dan 23 Jun 2011.



Pusingan ke 2

Pasukan Asia yg layak ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik

Malaysia
Japan
South Korea
Australia
Uzbekistan
Saudi Arabia
Syria
Qatar
Iraq
Bahrain
United Arab Emirates
Oman


Jadual Penuh Perlawanan Malaysia:

21 September
Jepun vs MALAYSIA (2-0)

23 November
MALAYSIA vs Syria (0-2)

27 November
MALAYSIA vs Bahrain (2-3)

5 February
Bahrain vs MALAYSIA

22 February
MALAYSIA vs Jepun

14 March
Syria vs MALAYSIA

Tertakluk kepada pindaan dan perubahan.

Pusingan Kalah Mati

3 naib juara kumpulan akn bermain kalah mati yg di jadual kan pada 25, 27, 29 Mac 2011.

Pemenang perlawanan tersebut akan menentang pasukan ke 4 dari Africa utk memburu slot terakhir asia ke sukan olimpik


Last edited by kalai on Mon Nov 28, 2011 9:11 am; edited 3 times in total
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 3:08 am

It was sensational, superb and world class save. This young guy is definitely one of the best goalkeepers in the region at present..."

*Diatas adalah pujian yg diberikan oleh pengulas ESPN ketika perlawanan Malaysia vs Syria sdg berlangsung malam tadi. Tahniah KFCM !!! Kredit to Fizo Haron
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Malaysia Tumpas 0-2 Kepada Syria

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 3:09 am

KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Skuad Olimpik negara gagal bangkit semula setelah tumpas 0-2 kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Rabu malam.

Sebelum ini, pada perlawanan pertama pusingan ketiga, Malaysia tumpas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka.

Perlawanan itu disaksikan kira-kira 20,000 penyokong dan berlangsung secara sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Skuad bawah 23 tahun bimbingan Ong Kim Swee bermula garang apabila Ahmad Fakri Saarani melakukan cubaan seawal minit kedua namun melepasi gawang gol.

Gandingan Ahmad Fakri dan Wan Zack Haikal Wan Noor telah mengkucar-kacirkan benteng pertahanan skuad Helang Merah (Syria).

Pada hujung babak pertama, Wan Zack Haikal hampir memberi gol pendahuluan kepada skuad Olimpik negara menerusi tandukan hasil sepakan percuma oleh Mohamad Fandi Othman, namun cubaannya tersasar.

Selepas rehat, Skuad Helang Merah memecah kebuntuan pada minit ke-50 menerusi pemain tengah, Solaiman Solaiman menumpaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Harimau Muda kembali menyusun jentera serang bagi mencari gol penyamaan.

Khairul Fahmi menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Syria.

Syria memperkukuhkan lagi kedudukan menerusi jaringan kedua yang disempurnakan Nassouh Nakkdahli pada minit ke-88.

Ahad ini, Skuad Harimau Muda akan bertemu Bahrain yang sebelum ini kalah kepada Jepun 0-2 di Stadium Al-Riffa, Bahrain pada Selasa.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Hilang Fokus Dan Keletihan Punca Kalah, Kata Kim Swee

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 3:09 am

KUALA LUMPUR, 24 Nov -- Hilang fokus dan keletihan pada separuh masa kedua menjadi punca kekalahan 0-2 skuad Olimpik negara kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil rabu malam.

Ketua jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee berkata kelalaian benteng pertahanan pada separuh masa kedua juga antara punca kekalahan dan membuka peluang kepada Syria untuk menjaringkan gol kedua.

"Benteng pertahanan kita hilang konsentrasi pada separuh masa kedua permainan.

"Tambahan pula, mereka keletihan kerana baru sahaja tiba di tanah air dan saya hanya sempat melatih mereka selama dua jam sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tamat.

Kim Swee berkata beliau tidak mempunyai banyak pilihan pemain untuk diturunkan pada perlawanan itu ekoran beberapa masalah yang menimpa pemainnya.

"Mohd Fadhli Mohd Shas demam panas dan tidak boleh beraksi manakala Mohd Irfan Fazail mengalami kecederaan. Kedua-dua mereka dijangka pulih dalam masa dua atau tiga hari ini untuk diturunkan pada perlawanan menentang Bahrain Ahad ini," katanya.

Mengenai persediaan menentang Bahrain di stadium sama, jurulatih berusia 40 tahun itu berkata beliau akan menurunkan beberapa pemain yang tidak dapat beraksi pada rabu malam.

"Saya mungkin akan menurunkan kesebelasan utama seperti Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail serta Syahrul Azwari Ibrahim untuk mengembalikan peluang kita menduduki tangga kedua kumpulan (di belakang Jepun)," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan padu peminat bola sepak tempatan pada perlawanan itu.

Sementara itu, jurulatih Syria Immad Eddin Khankan berkata beliau kagum dengan corak permainan Wan Zack Haikal Wan Noor.

"Dia berupaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan tetapi kami berjaya mengawalnya sepanjang permainan," katanya.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 3:12 am

avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Petikan Dari FB

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 3:13 am

Tahniah,"Suasana Positif Peminat tanah air di Stadium tadi"..
Situasi 1 : bila pasukan lawan goal,penonton tepuk tangan tanda "FairPlay"
Situasi 2 : Penonton yg baling botol ke dalam padang,di marah habis2san oleh penonton yg lain itu menunjukkan sikap kebersihan perlu ada..
Situasi 3 : lagu kebangsaan Syria..penonton berdiri tanda hormat pada negara lain(ada juga sebelah ak nyanyi lagu kebangsaan Syria)..
Situasi 4 :Waktu Maghrib keadaan surau Penuh..mereka yg lain berjemaah di luar walau beralas batu bata..
Situasi yg tak suka :harga Air pada jam 8 mlm RM2,tp pada jam 11 mlm 2 air RM1..
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 3:14 am




avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Harimau Muda hilang taring

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 9:39 am

KATA ORANG, robot pun boleh kehabisan bateri sekiranya ‘dilenjan’ habis-habisan.

Namun, lain pula ceritanya dengan skuad Olimpik Malaysia yang tampil dengan persembahan bertenaga meskipun gagal menjinakkan Syria apabila tewas 0-2 pada perlawanan kedua aksi kelayakan Olimpik pusingan akhir Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Kudrat anak-anak buah Ong Kim Swee yang masih keletihan selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA ternyata dipuji apabila mendapat ‘tonik semangat’ daripada lebih 20,000 penyokong yang memberikan tepukan bergemuruh sebaik perlawanan tamat.

Malah sebelum sepak mula, pasukan Syria yang tiba di Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas berbanding Harimau Muda yang hanya tiba dari Jakarta kelmarin dilihat seolah-olah beraksi di tempat sendiri apabila turut menerima sambutan hangat penyokong tuan rumah, situasi yang cukup berbeza yang diterima pasukan negara ketika di Stadium Gelora Bung Karno pada temasya Sukan SEA sebelum ini.

Kim Swee juga dilihat melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya apabila meletakkan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digugurkan daripada skuad emas sebelum ini untuk bergandingan bersama Fandi Othman, K. Gurusamy dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah sementara Mohammad Zubir Azmi, Amer Saidin, Mohamad Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli menerajui benteng pertahanan negara.

Pasukan Harimau Muda yang mengasak seawal minit pertama kempunan menjaringkan gol pendahuluan apabila percubaan penyerang kontroversi, Ahmad Fakri Saaraini melambung tinggi meskipun kesilapan penjaga gol Syria, Ibrahim Alma gagal mengeluarkan bola dengan kemas dari kawasan penalti.

Syria yang dikendalikan jurulatih Immad Khankan kembali bangkit mengasak sebelum memperoleh peluang terbaik lima minit kemudian namun percubaan terus M. Zakaria Al Omari terus ke dakapan kapten Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menangkap kemas percubaan penyerang kelab Al-Iltihad, Mohammad Fares pada minit ke-10 sebelum menepis percubaan Mardek Mardkian enam minit kemudian.

Peluang terbaik Malaysia untuk mendahului hadir selepas itu apabila Wan Zack dilihat beberapa kali gagal memanfaatkan hantaran cantik Nazmi Faiz dari tengah padang, sementara tandukan Thamil Arasu sedikit sipi pada masa kecederaan bagi menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat tanpa jaringan ketika tamat separuh masa pertama.

Malaysia yang cuba meneruskan penguasaan sebaik babak kedua bersambung dikejutkan dengan gol pendahuluan pelawat menerusi tandukan S. Solaiman pada minit ke-51.

Gol itu ternyata menyuntik semangat Syria yang kembali menggandakan asakan, namun kecemerlangan Khairul Fahmi menjaga gawang wajar dipuji termasuk menggagalkan percubaan Mohammad Zbida dan Mohammed Fares beberapa minit selepas itu.

Penyerang gantian Syria, Nassouh Nakkdahli yang masuk menggantikan Mardkian akhirnya menamatkan mimpi ngeri tuan rumah apabila mudah menolak masuk gol kedua kira-kira tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Malaysia kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan sementara Jepun kekal menerajui Kumpulan C setelah menjinakkan Bahrain 2-0 dalam satu lagi perlawanan semalam.

Malaysia akan melayan kunjungan Bahrain di stadium sama Ahad ini.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Malaysia 0 Syria 2

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 9:40 am

KUALA LUMPUR - Tetap boleh dipuji! Walaupun tewas 0-2 kepada Syria dalam perlawanan kedua pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik semalam, skuad bimbingan Ong Kim Swee berjaya mempamerkan satu permainan baik di hadapan 20,000 penonton walaupun beraksi dalam keletihan selepas pulang membawa balik pingat emas dari Jakarta, dua hari yang lalu.

Jika tidak kerana masalah kecederaan pemain dan aksi Sukan SEA Indonesia, Malaysia mungkin dapat menghadirkan saingan lebih bermakna kepada pasukan pelawat yang dilihat hanya bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata sepanjang perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kekalahan itu juga bermakna peluang Malaysia untuk mengisi slot dua pasukan terbaik semakin sukar kerana Syria dan Jepun semakin kukuh di tangga teratas Kumpulan C Kelayakan Olimpik zon Asia dengan enam mata sementara Malaysia dan Bahrain masih gagal mendapat sebarang mata.

Pada satu lagi perlawanan Selasa lalu, Jepun menewaskan Bahrain 2-0.

Malaysia dijadual menentang Bahrain pada Ahad ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan mereka perlu menang dalam perlawanan berkenaan jika berhasrat menghidupkan peluang sekurang-kurangnya mengisi slot playoff iaitu dengan menduduki tangga kedua kumpulan.

Gol Syria dijaringkan oleh Solaiman Solaiman yang tidak dikawal pada minit ke-50 selepas menanduk masuk hantaran lintang dari sebelah kanan.

Ketika kepenatan semakin menghantui pemain negara, Mohd. Muslim Ahmad melakukan kesilapan apabila memberikan bola kepada pemain lawan.

Syria mengambil kesempatan atas situasi berkenaan apabila melancarkan serangan balas dan Nassouh Nakkdahli mudah melakukan sepakan dalam kotak penalti tanpa dicabar mana-mana pemain untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-88 untuk gol kedua pelawat.

Pada perlawanan semalam, Kim Swee hanya menurunkan dua muka baru iaitu Mohd. Amer Saidin yang diletakkan selaku pemain simpanan semasa Sukan SEA Indonesia sementara Wan Zack Haikal Wan Nor juga berada dalam kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan.

Ahmad Fakri Saarani yang kurang menonjol pada perlawanan akhir Isnin lalu masih mendapat kepercayaan bergandingan dengan A. Thamil Arasu di barisan hadapan ekoran ketiadaan beberapa pemain utama seperti Syahrul Azwari dan Mohd. Izzaq Faris Ramlan.

Malaysia lebih banyak menguasai perlawanan pada babak permulaan perlawanan dengan Syria hanya mempunyai dua peluang pada separuh masa pertama, namun mudah diselamatkan oleh Khairul Fahmi yang mempamerkan persembahan hebat sepanjang perlawanan terutama dalam babak kedua.

Peluang terbaik Malaysia diperoleh Fakri Saarani pada minit ke-29 tetapi dihampakan dengan tindakan penyudah yang lemah dan bola mudah diselamatkan oleh penjaga gol, Ibrahim Alma.

Namun, ketika penonton menyangka situasi yang sama pada separuh masa kedua, ia terjadi sebaliknya apabila majoriti pemain mula keletihan sebaik permulaan perlawanan dan hilang fokus yang menjadi punca kepada kedua-dua gol Syria.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

'Maafkan kami'

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 9:41 am

Juara Sukan Sea mencuba tapi akur kepada aksi liat Syria; peluang layak ke London makin sukar

FAKTOR keletihan, gara-gara memerah keringat hampir dua minggu di Jakarta jelas memaparkan cerita perjuangan skuad Harimau Muda di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Skuad negara pimpinan Ong Kim Swee akur kepada kehebatan Syria (ranking ke-115 dunia) sebelum tunduk 0-2 dalam aksi kedua Kelayakan Olimpik 2012 untuk menambah perit cabaran peringkat kumpulan dengan menempah dua kekalahan berturut-turut.
Pada 22 September lalu, skuad negara yang kini berada dalam ranking ke-155 dunia tewas 0-2 kepada jaguh Asia, Jepun di tempat lawan.

Ahad ini, Khairul Fahmi Che Mat dan rakan-rakan akan akan menempuh satu lagi halangan sukar apabila berdepan satu lagi wakil negara Teluk, Bahrain di gelanggang sama.

Gol Syria dijaringkan Solaiman Solaiman minit ke-51 dan Nossouh Nakkdahli minit ke-87.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 10:49 am

“saya cukup tersentuh, mereka tidak berganjak, mereka beri sokongan penuh, saya hargai, dan kita perlu balas kepercayaan mereka dan bangkit menunjukkan aksi garang menentang Bahrain, saya yakin kita akan dapat melakukannya, kerana hari ini kita beraksi dalam keadaan kita masih keletihan, selain ketiadaan beberapa pemain seperti Fadhli (demam), Syahrul (fitness), Irfan (minor injury), dan kesemua mereka saya jangka akan dapat kembali beraksi menentang Bahrain nanti..”.

“kita dihukum apabila melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, lebih-lebih bertemu pasukan seperti Syria yang mengamalkan corak permainan hantaran jauh, kita perlu meminimakan kesilapan, belajar dari kesilapan tersebut..” – Ong Kim Swee.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 10:49 am

antara komen dari orang luar tentang perlawanan semalam:

"Syria find it hard to penetrate Malaysian defense in first half.. it looks like Malaysian are more awesome in controlling the ball... the passes and skill was perfect... syria just get lucky to win this game... anyway, i bet that malaysian player will trash bahrain easily... watch out ba...hrain.. malaysia is not anotherlousy team anymore... every team now watch malaysian football in awe"
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai on Thu Nov 24, 2011 10:50 am

Info: Skuad Harimau Muda akan dibawa menjalani latihan luar negara dan pilihan kali ini adalah di Australia selama dua minggu dan menjalani perlawanan persahabatan dengan sekurang-kurangnya tiga kelab elit Liga Australia.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Harimau Muda belum menyerah

Post  kalai on Fri Nov 25, 2011 2:34 am

KELMARIN, skuad Harimau Muda dikecewakan 0-2 oleh Syria dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan C bagi Zon Asia.

Kekalahan tersebut dilihat terus menyukarkan laluan mereka untuk menjejak kaki ke temasya sukan terbesar itu di bumi London tahun depan.

Begitupun, jurulatih Ong Kim Swee belum mahu menyerah malah terus memberi semangat kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan dengan Bahrain Ahad ini.

Kim Swee tidak mahu memikirkan kekalahan ke atas Syria itu kerana sebelum perlawanan tersebut, sebahagian besar pemainnya belum pulih daripada kecederaan.

Kini, dia mahu bangkit pada aksi menentang Bahrain apabila beberapa tonggak skuad Malaysia kembali berada dalam kesebelasan utama.

Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zaharulnizam Zakaria dilaporkan bersedia diturunkan pada aksi Ahad ini dan kehadiran mereka akan memberi banyak pilihan kepada Kim Swee untuk merencanakan kesebelasan utamanya.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kim Swee waspada

Post  kalai on Fri Nov 25, 2011 2:35 am

RASA marah gara-gara anak-anak buahnya seolah-olah dinafikan hak bagi meraikan kemenangan mempertahankan pingat emas Sukan SEA apabila penganjur 'tiba-tiba' mahu menjalankan ujian antidoping sebelum menerima pingat, sudah lama dibuang jauh-jauh oleh pengendali skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Episod duka tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik peringkat Zon Asia kelmarin juga tidak lagi dikenang oleh Kim Swee yang pastinya mahukan barisan pemainnya fokus ketika melayan kunjungan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Bagaikan 'ayam kehilangan taji', Kim Swee yang terpaksa berdepan Syria dengan rentetan kecederaan pemain seperti Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zaharulnizam Zakaria sememangnya buntu, terutamanya apabila tonggak pertahanan, Mohammad Fadhli Shas diserang demam panas, manakala Irfan Fazail pula kurang cergas sebelum perlawanan kelmarin.

"Ini sahaja pemain yang saya ada, ia memang tugas yang cukup mencabar bagi mengekang Syria, namun pada masa sama saya tetap memuji kesungguhan pemain meskipun dihantui faktor keletihan.

"Malah, saya juga terharu dengan sokongan padu penyokong kita yang membanjiri stadium dan berjanji membalas sokongan mereka ketika aksi menentang Bahrain nanti," katanya kepada pemberita kelmarin.

Faktor keletihan Harimau Muda yang baru sahaja tiba dari Jakarta dilihat semakin 'kronik' pada babak kedua pada perlawanan kelmarin, dan ia juga diakui jurulatih Syria, Imad Khankan.

"Kami memberikan tekanan kepada Malaysia pada babak pertama sehingga menyebabkan pemain mereka tampak keletihan pada babak kedua, sejujurnya kami gembira dapat mengutip tiga mata bagi mene- rajui kumpulan," katanya.

Harimau Muda yang terpaksa mempertaruhkan muka-muka baharu seperti Amer Saidin dan D. Saarvindran, termasuk kehadiran semula Wan Zack Haikal Wan Nor yang tidak beraksi selama dua bulan sebelum ini akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Syria meskipun menguasai sebahagian besar permainan.

Gol-gol Syria pada perlawanan tersebut dihasilkan oleh S. Solaiman dan pemain gantian, Nassouh Nakkdahli.

Apa yang pasti, kehadiran semula Syahrul Azwari, Irfan dan Mohammad Fadhli pastinya menggembira- kan Kim Swee yang mahu menambah derita Bahrain yang turut tewas dalam dua perlawanan sebe- lum ini.

"Ketiga-tiga pemain tersebut dijangka kembali cergas ketika menentang Bahrain nanti, dan saya harapkan kehadiran mereka mampu menghadirkan sesuatu kepada pasukan," kata Kim Swee.

Meskipun Bahrain tidak dapat menggunakan khidmat tonggaknya, Hassan Jameel Yaseen yang dilayangkan kad merah ketika menentang Jepun sebelum ini, kredi- biliti penyerang mereka terutamanya Dhiya Saeed Shubbar yang berjaya merobek gawang Syria ketika tewas 1-3 sebelum ini wajar diberikan perhatian oleh benteng pertahanan negara seandainya berhasrat untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Saya juga ada perasaan - Fakri

Post  kalai on Fri Nov 25, 2011 2:35 am

“SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”

Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.

Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.

Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.

Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.

Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.

“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.

“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.

“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

'Elemen 22 Apek'

Post  kalai on Fri Nov 25, 2011 2:36 am

Ghairah mahu rampas mata daripada Bahrain

“SAYA mahu sentiasa muncul pemain terbaik di kalangan 22 pemain atas padang!”

Itulah nada suara positif penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika menceritakan elemen ini sebagai membakar semangat setiap kali dia masuk ke gelanggang membantu skuad negara.

Bintang dari Kelantan yang dikenali Apek mahu menggandakan usaha membantu Harimau Muda mencari mata pertama apabila menentang Bahrain dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan, Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

“Setiap kali masuk padang, saya cuba tunjuk persembahan terbaik.

Sudah pasti saya mahu mengatasi pemain lain - baik rakan mahu pun lawan - untuk menjadi terbaik antara 22 pemain,” katanya yang menjadi tonggak penting menyekat penyerang Syria daripada membocori gawang skuad negara secara lebih kerap, kelmarin.

Kapten itu menambah: “Saya juga sentiasa mahu beraksi baik membantu kemenangan pasukan negara kerana faktor penonton. Mereka amat penting untuk membantu bangkitkan semangat pasukan. Mereka adalah antara motivasi besar saya ketika ini.”

Tidak dinafikan sumbangan besar Apek di Sukan SEA di Jakarta, baru-baru ini dan perlawanan menentang Syria, kelmarin harus diberikan satu pengiktirafan selepas banyak menyekat lawan menambahkan jaringan.

Walaupun sering dihantui dengan pelbagai kontroversi luaran namun tonggak utama Kelantan itu tidak cepat melatah dan ia tidak sesekali menjejaskan prestasinya dalam padang malah terus mempamerkan ‘magis’ setiap kali mengawal pintu gol negara daripada dibolosi.

“Perkara pertama yang saya sentiasa lakukan dalam setiap perlawanan adalah cuba melupakan terus semua masalah peribadi daripada luar padang dan terus menumpukan sepenuh perhatian terhadap permainan,” katanya.

Khairul Fahmi turut mengakui yang dia masih belum mampu mendabik dada serta berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini dan nekad untuk terus memperbaiki segala kelemahan.

Kekalahan 0-2 kepada Syria juga menjadi pendorong untuk terus mempertingkatkan prestasi sebelum menentang Bahrain, Ahad ini.

“Saya sedar kelayakan Olimpik adalah pentas terbaik untuk menonjolkan diri. Dalam perlawanan semalam (kelmarin) semua pemain sudah melakukan yang terbaik dan mereka begitu mahukan kejayaan mencipta sejarah kami tersendiri.

“Secara peribadi, saya masih tidak berpuas hati dengan prestasi saya terutamanya selepas bolos dua kali. Saya juga ada menjalani latihan tambahan bersama rakan sepasukan dan kami saling menegur kesilapan antara satu sama lain sebelum menghadapi perlawanan seterusnya terutamanya menentang Bahrain, Ahad ini,” katanya.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

‘Malaysia makin liat’

Post  kalai on Fri Nov 25, 2011 2:37 am

Kami lebih waspada kali ini: Bahrain

SAMA ada bersikap diplomasi atau sebaliknya, skuad bola sepak Bahrain menghambur pujian ke atas Malaysia yang dianggap makin liat ketika ini.

Jurulatih pasukan dari negara Teluk itu, Salman Shareeda beranggapan anak didik Ong Kim Swee pasti sukar ditewaskan dalam pertembungan Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

“Kami tetap berwaspada dengan kemampuan Malaysia ketika ini,” katanya selepas sesi latihan, semalam.

“Kami ada melihat aksi Malaysia menentang Syria sebelum ini, nyata mereka sebuah pasukan yang sukar untuk ditewaskan.”

Ketika sama, dia turut memuji beberapa pemain skuad Harimau Muda yang beraksi cemerlang ketika menentang Syria tempoh hari walaupun tewas 0-2.

“Ada beberapa pemain Malaysia yang bagus. Pemain nombor 12 anda (Muhamad Nazmi Faiz Mansur) ada kemampuan tinggi. Saya lihat dia menjana bahagian tengah dengan baik dan kita perlu lebih berhati-hati dengan pemain ini untuk mengelak dimalukan nanti,” katanya.

Selepas tewas dalam dua aksi sebelum ini, Bahrain kelihatan lebih terdesak untuk mencari kemenangan menentang skuad kebangsaan, Ahad ini.

“Kami datang ke Kuala Lumpur hanya untuk mencari kemenangan pertama kami. Kami perlukan tiga mata untuk menghidupkan peluang kami,” kata Salman.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Harimau kembali lengkap

Post  kalai on Fri Nov 25, 2011 2:37 am

KUALA LUMPUR – Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee mempunyai beberapa sebab untuk tersenyum menjelang perlawanan getir menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Pertama, tiga tonggak utama, Syahrul Azwari Ibrahim, Fadhli Shas dan Irfan Fazail dijangka cergas untuk kembali memperkuatkan kesebelasan utama dalam misi mengutip tiga mata penuh.

Hanya kemenangan mampu menghidupkan peluang kita untuk setidak-tidaknya merebut kedudukan naib juara Kumpulan C.

“Syahrul, Irfan berkemungkinan besar dapat diturunkan dan Fadhli yang tidak bermain menentang Syria kerana demam, patut tiada masalah untuk beraksi Ahad ini,” kata Kim Swee yang akhirnya boleh menarik nafas lega selepas mengharungi jadual padat Sukan SEA dan menghadapi kekangan masa untuk membuat persiapan menentang Syria, kelmarin.

Rehat selama tiga hari merupakan peluang terbaik untuk seluruh skuad terutama sebilangan pemain yang terpaksa beraksi dalam dua perlawanan tegang berturut-turut dalam tempoh kurang dari 48 jam.

Bagi Kim Swee, dia sendiri juga mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persiapan dan percaturan taktikal lebih rapi berbanding ketika bertemu Syria.

“Saya tiada peluang untuk bermimpi pun,” keluhnya merujuk kepada masalah kekangan masa.

Bagaimanapun persembahan bertenaga di luar jangkaan daripada kesebelasan terbaik yang dapat diturunkan kelmarin, telah membangkitkan keyakinan dalam dirinya bahawa peluang mengejutkan Bahrain adalah cerah dengan adanya skuad yang lebih lengkap dan cergas.

Aksi menakjubkan pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Noor yang membuat penampilan sulung selepas lebih dua bulan tidak bermain, mendapat pujian Kim Swee.

“Saya agak terkejut Wan Zack mampu beraksi dengan sempurna sepanjang 90 minit permainan, ia satu keadaan yang agak luar biasa untuk seorang pemain yang diketepikan bagi tempoh panjang.

“Ini menunjukkan sepanjang tempoh dia tidak berlatih bersama kami, dia sendiri telah bersungguh-sungguh membuat latihan untuk mengembalikan sentuhan dan kecergasannya. Saya rasa sikap seperti ini patut dicontohi semua pemain,” jelasnya.

Sementara itu, Kim Swee juga mengharapkan lebih ramai penonton membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk memberi kekuatan tambahan kepada pasukannya.

Beliau mengakui, kejayaan menumpaskan Indonesia pada final Sukan SEA XXVI, Isnin lalu menukar senario bola sepak negara.

Justeru, beliau berharap peminat terus memberi sokongan untuk anak-anak buahnya berdepan Bahrain. “Saya amat terharu dengan semangat penyokong yang setia bersama kami walaupun tewas 0-2 kepada Syria, mereka tidak berganjak dari tempat duduk. Kami akan membalas sokongan anda pada Ahad ini,”’’ katanya lagi.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  AbG on Fri Nov 25, 2011 3:41 am

thanks kalai for the info Smile
avatar
AbG
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 224
Join date : 2009-07-26
Location : in my own mind..

http://www.ter.com.my

Back to top Go down

Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai on Fri Nov 25, 2011 7:29 am

AbG wrote:thanks kalai for the info Smile

xdehal AbG Smile
saja2 xde keje. tepek kan aje dkt sini Smile
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai on Fri Nov 25, 2011 8:54 am

INFO:
MALAYSIA VS BAHRAIN
AHAD, 27NOV
8.45 MLM
HARGA TIKET, RM40 GRANDSTAND, RM20 OPEN, RM 5 KANAK-KANAK
* TIKET HANYA DIJUAL DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL PADA HARI AHAD BERMULA 9AM SEHINGGA MASA PERLAWANAN.
LIVE DI TV1, ASTRO ARENA 801
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  AbG on Fri Nov 25, 2011 1:52 pm

kalai wrote:
AbG wrote:thanks kalai for the info Smile

xdehal AbG Smile
saja2 xde keje. tepek kan aje dkt sini Smile

okey aje brO Razz

anyway, thanks erkk kalai Razz
avatar
AbG
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 224
Join date : 2009-07-26
Location : in my own mind..

http://www.ter.com.my

Back to top Go down

‘Kami mahu menang ’

Post  kalai on Sat Nov 26, 2011 2:06 am

“KAMI masih ada peluang untuk terus memberi cabaran dalam saingan Kumpulan C. Walaupun tewas kepada Syria baru-baru ini, saya tetap yakin bahawa peluang Malaysia untuk meneruskan saingan dalam aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia tetap ada.”

Itu keyakinan yang dilontarkan oleh jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang aksi menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Kim Swee memberitahu bahawa perlawanan ‘hidup mati’ menentang Bahrain itu amat penting buat Malaysia dan tiga mata perlu diperoleh bagi menghidupkan kembali peluang untuk memburu tempat kedua peringkat Kumpulan C.

Jelasnya, jika pasukannya mampu melakarkan kemenangan menentang Bahrain yang dibimbing oleh Salman Shareeda esok, ia bakal memberikan impak kepada barisan pemain Malaysia untuk terus melontarkan saingan dalam Kumpulan C yang turut disertai Jepun dan Syria.

“Saya masih percaya kami masih mempunyai peluang untuk memburu tempat kedua dalam Kumpulan C dengan syarat kami berjaya menewaskan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini (esok).

“Malah, selain mahu memburu tiga mata pertama di laman sendiri, perlawanan ini boleh diibaratkan sebagai misi ‘hidup mati’ buat kami. Jika gagal mencapai kemenangan, ia akan menutup peluang kami untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan.

“Namun, sekiranya kami berjaya menewaskan Bahrain, ia sudah tentu menjadi satu motivasi yang cukup bagus dan memberikan impak yang sangat baik untuk kami meneruskan saingan yang lebih baik dan hebat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada masa yang sama, Kim Swee juga berkata, kehadiran tiga tonggak utamanya yang kembali menjalani latihan, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd. Fadhli Shas dan Irfan Fazail akan memberinya banyak pilihan menjelang aksi menentang Bahrain, namun tahap kecergasan mereka tetap dipantau.

“Kehadiran tiga pemain itu (Syahrul, Fadhli dan Irfan) adalah berita baik buat kami, namun saya tidak mahu terburu-buru membuat sebarang keputusan (sama ada mereka akan diturunkan atau sebaliknya).

“Selepas meneliti tahap kecergasan mereka, saya akan nilai prestasi mereka sebelum aksi menentang Bahrain.

“Apa yang paling penting ialah kami tidak akan berputus asa untuk meneruskan perjuangan walaupun saya menyedari misi Bahrain adalah untuk mencari kemenangan,” ujarnya.

Sebelum ini, Bahrain tewas dua kali kepada Jepun iaitu 1-3 (aksi pertama) dan 0-2 pada aksi kedua.

“Saya yakin mereka sudah terdesak untuk mencari kemenangan,” tambah Kim Swee.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Magis 'Apex' ditagih sekali lagi

Post  kalai on Sat Nov 26, 2011 2:07 am

SENTUHAN magis penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai ‘Apex’ sekali lagi ditagih pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Meskipun dibolosi dua kali pada aksi menentang Syria Rabu lalu, menerusi S. Solaiman dan Nas- souh Nakkdahli, persembahan ‘Apex’ ternyata cukup cemerlang apabila berjaya mengagalkan beberapa percubaan bahaya Syria.

Persembahan cemerlang kapten skuad Harimau Muda itu juga antara faktor atas kejayaan mereka mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2011 baru-baru ini.

Namun, bagi pemain kelahiran Kelantan itu, dia tidak mahu mengingati kekalahan mahupun kemenangan manis pada Sukan SEA, sebaliknya mahu membaiki kesila- pan dalam usaha untuk terus menampilkan aksi buat pasukan negara.

Jelasnya, dia sangat berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan tetapi ia harus dilupakan terlebih dahulu bagi memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan menentang Bahrain ini.

“Apa yang penting, kami perlu melupakan kekalahan lalu (bertemu Syria) dan memperbaiki kesilapan dengan segera untuk terus memberikan persembahan yang terbaik ketika menentang Bahrain nanti.

“Apa yang menjadi keutamaan kini adalah mahu membantu pasukan memburu tempat kedua dalam saingan Kumpulan C ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Lantaran itu, dia menyeru rakan- rakan sepasukan supaya beraksi dengan lebih bersungguh-sungguh dan fokus sepanjang 90 minit permainan tersebut kelak.

Katanya, kekalahan kepada Syria juga antara faktornya untuk kembali bangkit dan berazam untuk terus mempamerkan persembahan yang memberangsangkan.

“Saya berharap kami dapat memberikan fokus seratus peratus ketika beraksi selama 90 minit menentang Bahrain tanpa melakukan sebarang kesilapan kecil dan memanfaatkan peluang untuk menja- ringkan gol.

“Kekalahan kepada Syria juga menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus berusaha dan berazam untuk melakarkan kemenangan pertama jurulatih, Ong Kim Swee di laman sendiri,” ujarnya.
avatar
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum