Forum Rasmi #Selangor Webchat
Peringatan
Forum ini diklasifikasikan sebagai 18 sx+sg+pl :

( Seram + Ganas + Politik + Lucah) .

Dengan ini anda bersetuju dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan forum ini . Pihak pengurusan forum tidak akan dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Top posters
Moderator2 (767)
 
Greenday (397)
 
kalai (278)
 
arul (235)
 
AbG (224)
 
Eleena (206)
 
luna (173)
 
FairChild (150)
 
zairul (126)
 
sahak (98)
 

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 59 on Fri Jan 14, 2011 11:33 am
Statistics
We have 425 registered users
The newest registered user is ggarrenna

Our users have posted a total of 4463 messages in 419 subjects

Hanya SUka-SUka

View previous topic View next topic Go down

Hanya SUka-SUka

Post  li on Sun Aug 02, 2009 1:35 am

Tajuk: Mesin Taip

Al-Kisah
berlaku pada sepasang suami isteri yang tinggal di satu kawasan
perumahan. Si Suami yang bekerja tidak tentu masa sebagai seorang
pemandu lori jarang sekali dapat bertemu dan bermesra dengan isterinya.

Manakala isterinya yang tidak bekerja itu setiap hari banyak
menghabiskan masa bersembang dengan jiran-jiran perempuan yang
sama-sama tidak ada kerja.

Apa yang istimewanya pada pasangan
ini ialah mereka membuat satu kod rahsia sekiranya mereka hendak
melakukan hubungan suami isteri. Kod yang digunakan ialah
"mesin taip" Apabila Si Suami berkehendakkan pada isterinya, maka dia akan memberi tahu kod rahsia itu kepada isterinya.

Ceritanya berlaku pada satu petang yang damai bila mana Si Suami
yang baru pulang dari bekerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari
majikannya. Dia perlu segera menghantar satu barang penting walhal pada
masa itu, dia benar-benar mahu bermesra dengan isterinya.

Si suami melihat jam ditangan.

"Hai, setengah jam! Sempat lagi ni ...."bisik hatinya.

Si
Suami pun segera mencari isterinya di rumah. Tapi malangnya Si Isteri
sedang asyik berbual dengan jiran-jiran di rumah sebelah. Si suami pun
menyuruh anaknya yang berumur 8 tahun memanggil isterinya dengan satu
pesanan. Anaknya pun segera pergi mendapatkan emaknya dan terus
menyampaikan pesanan dari ayahnya itu.

"Emak, Abah kata dia hendak mesin taip!" Kata Si Kecil itu petah.

"Nak
mesin taip??? Nantilah cakap sama Abah nanti Mak balik bagi mesin taip
tu yaa!!" Sahut Si Isteri pada anaknya yang sudah mengerti hajat
suaminya itu.

Tiga empat orang jirannya yang sama-sama bersembang itu berpandangan
sesama sendiri kehairanan.

"Eh..., sejak bila pulak suami awak jadi penulis. ? tanya salah seorang darinya.

"Ler...orang sekarang ni dah guna komputer, mana main mesin taip lagi..." sampuk seorang lagi.

Si Isteri itu hanya tersengih-sengih malu.

"Dahlah...kita sambung cerita kita sikit lagi...." balas Si Isteri mengalihkan cerita.

Si Isteri rupanya masih belum puas lagi bersembang dengan
rakan-rakan jirannya itu. Kebetulan masa itu mereka sedang asyik
berbual satu tajuk yang panas. Si Isteri mahu menghabiskan dahulu tajuk
panas yang sedang mereka bincangkan itu sebelum pulang memberikan apa
yang dihajati oleh Si Suami.

Hampir 20 minit baru si isteri itu pulang ke rumah dan cepat-cepat
menghampiri suaminya yang nampak sudah bersiap-siap untuk pergi memandu.

"Laa kata nak mesin taip....???"

"Mesin taip apa lambat sangat..., aku dah
Tulis Dengan Tangan!!!"

Beritahu Si Suami dengan muka yang masam kelat meninggalkan Si Isteri yang tercengang-cengang
.
avatar
li
Ahli Rajin Sekejap
Ahli Rajin Sekejap

Posts : 96
Join date : 2009-07-25
Age : 33
Location : cheras, kajang . Selangor Darul Ehsan

http://www.myspace.com/hairuljr

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum